Krisis Kewangan Asia Orde_Baru

Pada pertengahan tahun 1997, Indonesia diserang oleh krisis kewangan dan ekonomi Asia (sila lihatĀ : Krisis Kewangan Asia), disertai kemarau yang terburuk dalam tempoh 50 tahun yang terakhir, dan juga harga minyak, gas dan komoditi-komoditi eksport yang lain yang semakin jatuh. Nilai rupiah jatuh, inflasi meningkat dengan mendadak, dan perpindahan modal dipercepat.

Para penunjuk perasaan yang awal yang dipimpin oleh para mahasiswa meminta peletakan jawatan Suharto. Di tengah-tengah penghasutan yang meluas, Suharto meletakkan jawatannya pada 21 Mei 1998, tiga bulan selepas Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) melantiknya untuk penggal yang ketujuh. Suharto kemudian melantik timbalannya, B. J. Habibie, untuk menjadi presiden Indonesia yang ketiga.